Posts

Showing posts from 2020

RAMADHAN 2020

KEDATANGAN RAMADHAN SATU ANUGERAH Pejam celik pejam celik bulan Ramadhan sudah pun tiba. Satu bulan yang menjajikan pelbagai kemanisan buat hamba Allah yang beriman dan bertakwa pastinya. Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertakwa” Al-Baqarah :183 Ramadhan ini adalah satu bulan yang sepatutnya menjadi satu titik permulaan untuk kita berhijrah ke arah yang lebih baik atau lebih tepat lagi sebagai satu permulaan baharu buat kita yang selama ini merasakan kesukaran untuk berubah. Dan di dalam bulan Ramadhan juga ada satu peristiwa besar yang sememangnya sangat beerti buat umat Islam iaitu peristiwa penurunan Al-Quran. “Bulan Ramadhan,bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda(antara yang hak dengan yang batil) kerana itu barangsiapa di antara kamu menyaksikan (mas...