permata yang hilang
PERMATA YANG HILANG#1 Assalamualaikum semua.. bersyukur ke hadrat Ilahi sebab kita semua masih diberikan nikmat nyawa untuk hidup sehari lagi di atas muka bumi Allah ni. Ada sahabat saya yang telah kehilangan ayahnya semalam dan takziah saya ucapkan padanya dan keluarga. Moga terus tabah dan kuat. Hakikat kehidupan, yang bernyawa pasti akan pergi jua. Dan yang masih hidup perlu meneruskan perjuangan dalam mencari bekalan kerana kita juga akan pasti menyusul mereka apabila tiba masanya nanti. Kita manusia biasa dan kita tak akan mampu menongkat langit. Saya menulis hari ini meskipun sedikit rasa tidak sihat menyapa tubuh. Sementara saya masih ada sedikit masa lapang hari ini, ada sesuatu yang saya nak share bersama semua. Apabila mendapat berita pemergian ayah sahabat saya,saya teringat saat saya juga mendapat berita yang sama hampir 4 tahun lalu. Orang selalu kata ‘life must go on’, tapi bagi saya ketika itu mereka hanya tahu berkata kerana mereka tak melaluinya. Saya yang menem...