permata yang hilang

PERMATA YANG HILANG#1

Assalamualaikum semua.. bersyukur ke hadrat Ilahi sebab kita semua masih diberikan nikmat nyawa untuk hidup sehari lagi di atas muka bumi Allah ni. Ada sahabat saya yang telah kehilangan ayahnya semalam dan takziah saya ucapkan padanya dan keluarga. Moga terus tabah dan kuat. Hakikat kehidupan, yang bernyawa pasti akan pergi jua. Dan yang masih hidup perlu meneruskan perjuangan dalam mencari bekalan kerana kita juga akan pasti menyusul mereka apabila tiba masanya nanti. Kita manusia biasa dan kita tak akan mampu menongkat langit.
Saya menulis hari ini meskipun sedikit rasa tidak sihat menyapa tubuh. Sementara saya masih ada sedikit masa lapang hari ini, ada sesuatu yang saya nak share bersama semua. Apabila mendapat berita pemergian ayah sahabat saya,saya teringat saat saya juga mendapat berita yang sama hampir 4 tahun lalu. Orang selalu kata ‘life must go on’, tapi bagi saya ketika itu mereka hanya tahu berkata kerana mereka tak melaluinya. Saya yang menempuhnya dan saya yang merasainya.
Sebelum meninggalkan dunia ini, ayah yang dipanggil abah menderita sakit hampir 7 tahun. Sejak itu, abah tidak lagi bekerja dan saya sebagai anak sulung tahu keperitan abah bila dia tak dapat lagi mencari rezeki buat keluarga. Saya tak ingin menceritakan kesusahan keluarga kami apabila satu-satunya tempat kami bergantung harap tidak lagi seperti dulu. Perit rasanya untuk mengingat tapi itulah pengalaman yang sebenarnya menjadi kekuatan kepada kami sekeluarga hingga hari ini. Mungkin di lain waktu akan saya ceritakan.
Saya belajar untuk menerima kenyataan. Saya belajar untuk redha dan saya belajar untuk menerima bahawa takdir Allah itu adalah yang terbaik. Jealous? Cemburu? Sangat-sangat apabila tengok orang lain mak ayah datang melawat,tengok gambar mereka bersama ibu dan ayah di facebook,IG dan sebagainya sedangkan saya dah tak mampu buat semua tu. Abah pergi terlalu awal,belum sempat saya memiliki smartphone nak ambik gambar pun. Bila sahabat saya bercerita tentang ayah,saya hanya mampu terdiam. Bila hari bapa tiba, saya hanya mampu menatap sekeping gambar yang tak mampu membalas kata-kata saya.
Dan saya akui ada ketika saya mula mempersoalkan takdir. Kenapa saya? Kenapa ayah saya? Kenapa keluarga saya? Dan kenapa bukan orang lain?

Firman Allah, “Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya”( Surah Al-Baqarah:286)
Firman Allah lagi, “Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepada kalian dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”(Surah Al-Baqarah:155)

Akhirnya,saya sedar bahawa saya adalah insan terpilih yang dipilih Allah untuk melalui ujian ini. Dan di saat saya melihat dunia di sekeliling saya, saya sedar betapa ramai lagi yang melalui ujian yang lebih berat daripada saya tetapi mereka masih mampu untuk tersenyum. Saya hilang seorang ayah, tetapi ada yang kehilangan kedua-dua ibu bapa. Saya sempat melihat wajah ayah saya hampir 16 tahun tetapi ada yang tidak mengenali pun siapa ibu bapa mereka.
Dan saya lihat lagi diri saya hari ini, saya ada keluarga,ada rumah, ada pelajaran dan bermacam-macam lagi yang Allah berikan pada saya. Saya akhirnya yakin pada takdir Allah yang telah cantik tersusun. Allah mengambil satu permata yang cukup saya sayangi kerana Dia lebih menyayangi abah saya dan saya yakin penderitaan kesakitan yang dialami hampir 7 tahun itu juga telah berakhir. Saya yakin abah berada di tempat yang terbaik di sana.
Sabar itu sememangnya sukar tetapi hasilnya pasti manis. Janji Allah tidak pernah salah. Sesiapa yang bersabar pasti akan ada habuannya. Ujian itu bukan tanda kebencian tapi itulah tanda kasih-sayang sebenar Allah pada kita. Dia menguji kerana dia sayang pada kita. Firman Allah:

“Dan sesungguhnya kami akan benar-benar menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar antara kalian”,(Surah Muhammad:31)

Jadi sahabat sekalian sabarlah walaupun pahit, bertahanlah walaupun perit kerana Allah itu sentiasa ada bersama orang-orang yang sabar. Saya akui kadang-kadang teringat juga pada abah dan sehingga ke hari ini saya tetap akan terasa setiap kali mendengar orang bercerita tentang ayah ataupun melihat ayah-ayah sahabat saya datang melawat. Dan rindu juga sentiasa bertandang, dan setiap kali itulah Al-Fatihah saya sedekahkan buat beliau dan saya pasti akan selitkan dalam hati bahawa Allah sangat-sangat menyayangi saya kerana itu dia menguji saya dengan ujian ini dan kerana Allah tahu yang saya kuat untuk menghadapinya. Dan saya Redha pada setiap ketentuan dan takdir Allah kerana pasti terselit Hikmah yang indah di sebaliknya.
Doa saya moga arwah abah saya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan tenang di sana. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh demi keluarga yang tercinta dan segala amanat harapan dan pesanan arwah abah akan saya jadikan satu semangat untuk terus berusaha.

Buat sahabat semua,saya berharap agar sedikit sharing perkongsian mengenai kisah hidup saya ini bermanfaat buat semua yang membaca. Moga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih-sayang Allah dan moga Allah akan sentiasa mempermudahkan segala urusan kita. Sekian sahaja daripada saya,dengan izin Allah ,di lain waktu kita bertemu lagi.

P/S:minggu depan dah nak balik ipoh nak sambung study..huhuhu..sedih nak tinggal family dan rumah. Doakan saya moga terus kuat dan dipermudahkan urusan. Saya juga doakan perkara yang sama buat semua. Mugkin bila dah study,susah sikit nak post apa-apa tapi saya akn cuba juga cari masa yeaaaa..

Comments

  1. weyhhhh!!!!!!!!! heat mu lon. buat blog loni hahhahahah mesti mu borino sgt kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape2 ajelah.. yg pnting ad manfaat.. in shaa Allah:-)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW KDRAMA