Posts

Showing posts from March, 2018

TAHUN PERTAMA SEBAGAI PELAJAR FARMASI

    Assalamualaikum dan selamat malam semua.. sis kembali lagi kali ini dengan janji untuk menceritakan pengalaman tahun pertama sebagai seorang pelajar dalam bidang farmasi ini.. Secara umumnya tahun pertama sememangnya agak mencabar kerana terpaksa menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan yang tak pernah dihadapi sebelum ini.       Back to the story, sis tak nak la cerita pasal minggu orientasi semua tu. Tu semua lebih kurang sama jer.. sis akan fokus pada subjek-subjek dan kelas sahaja ok.. Sewaktu semester pertama,subjek yang diajar lebih kepada subjek basic sahaja.  Malahan mungkin ada yang dah pernah belajar subjek macam ni.. Antara subjek yang diajar dan masih melekat di fikiran sis adalah Basic Physiology, Biochemistry, Basic Organic Chemistry, Basic Formulation, Introduction to Pharmaceutic, Competency English dan Introduction to Information Communication Technology.. Maaf andai ada yang tertinggal. Maklumlah sudah dua tahun berlalu..huhuhu....