TAHUN PERTAMA SEBAGAI PELAJAR FARMASI
Assalamualaikum dan selamat malam semua.. sis kembali lagi kali ini dengan janji untuk menceritakan pengalaman tahun pertama sebagai seorang pelajar dalam bidang farmasi ini.. Secara umumnya tahun pertama sememangnya agak mencabar kerana terpaksa menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan yang tak pernah dihadapi sebelum ini.
Back to the story, sis tak nak la cerita pasal minggu orientasi semua tu. Tu semua lebih kurang sama jer.. sis akan fokus pada subjek-subjek dan kelas sahaja ok.. Sewaktu semester pertama,subjek yang diajar lebih kepada subjek basic sahaja. Malahan mungkin ada yang dah pernah belajar subjek macam ni..
Back to the story, sis tak nak la cerita pasal minggu orientasi semua tu. Tu semua lebih kurang sama jer.. sis akan fokus pada subjek-subjek dan kelas sahaja ok.. Sewaktu semester pertama,subjek yang diajar lebih kepada subjek basic sahaja. Malahan mungkin ada yang dah pernah belajar subjek macam ni..
Antara subjek yang diajar dan masih melekat di fikiran sis adalah Basic Physiology, Biochemistry, Basic Organic Chemistry, Basic Formulation, Introduction to Pharmaceutic, Competency English dan Introduction to Information Communication Technology.. Maaf andai ada yang tertinggal. Maklumlah sudah dua tahun berlalu..huhuhu..
Secara amnya, hampir kesemua subjek yang diaajar memerlukan pelajar mempunyai daya hafalan yang baik. Memang kena banyak mengingat sebenarnya. Kalau korang memang jenis tak suka hafal, sis akan cakap yang korang will face a really big problem okkk.. walapun begitu(skema semacam ayat..hahaha), itu tak bermakna korang kena baca dan hafal saje 24 jam. Still kita ada calculation, lab, ada chemistry punya subjek (with a lot of equation of cozzz)..
Calculation yang basic mungkin agak mudah tapi kalau yang lecturer dah putar belitkan soalan die sana sini memang susah jadinya. Selalunya calculation dengan lab ni related la.. biasanya kalau kita ada lab esok so hari ini akan ada tutorial and time tutorial tu kita akan buat calculation untuk lab esok. Jadi, esok bila masuk lab boleh terus proceed dengan preparation(Ubat la maksudnya ni. Dah nama Farmasi,apa lagi kalau tak buat ubat kan?)
Sis ada satu pengalaman pahit apabila masuk lab yang tak mungkin sis lupa sampai bila-bila.. Kali pertama masuk lab, sis dan rakan-rakan ditugaskan untuk buat Syrup BP(syrup yang selalu diguna dalam bancuhan ubat). First time buat,sis rasa macam tak jadi sebab sis punya syrup dah crystallized..keras gitu so sis buat la yang lain. Disebabkan yang tadi dah keras sis ingat nak panaskan la sebab nanti nak kena cuci beaker tu.
So sis minta tolong kawan sis letak atas heating plate tu. Tanpa sesiapa pun sedar, beaker tu terbakar !!!!!!!!!! Allah sahaja tahu macam mana paniknya kitorang satu kelas dan sis yang paling panik sebab tu sis punyaaaaaaa..dalam masa yang sama,penggera yang mengesan kebakaran pun berbunyi.. sekarang,satu bangunan dah panik.
Tapi Alhamdulillah,keadaan tersebut mampu dikawal oleh lecturer sis. Selepas hilang panik tadi,sis maluuuuuuu..ishhhhh…hahaha.. nasib baik lecturer tak marah.. selepas kejadian berhantu tu,sis lebih berhati-hati dalam lab dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sampailah sekarang dan moga sentiasa lancar hendaknya.
Ok,sekarang nak citer pasal benda yang paling scary which is final exam. Final exam diploma farmasi terbahagi kepada dua:
1. Writting paper
2. Lab
Untuk written macam biasa la kan.. untuk lab pulak, korang diminta sediakan lima ubat/preparations in 3 hours.. Seram kan? Berani x? Kalau tak berani pun kena buat gak..hahaha.. selalunya masa lab ni, macam-macam drama akan jadi.. sis tak boleh nak citer lebih-lebih cuma nak bagitau bila habis jer confirm lega and lapar..hahahha.. oh ya, bukan sekadar buat ubat sahaja tapi harus beserta dengan report sekali tau (geleng kepala bila ingat balik..hahaha)
Bila masuk sem 2,situasinya tak lari jauh pun.. Hanya subjek sahaja yang berubah.. Semester 2 korang akan mula meneroka bidang farmasi dan ubat-ubatan dan bagi sis sem 2 bermula lah cerita yang sebenar dan menyeronokkan.. Jap nak recall subjek sem 2..
1. Systemic Pharmacology
2. Basic Pharmacology
3. Drug Delivery System 1
4. Basic Physical Chemistry
5. Communication English 1
6. Behavioral Science
7. Basic Microbiology
Okkkk.. itulah kesemuanya dan ceritanya tetap sama. Kena rajin hafal dan kira.. format final exam juga lebih kurang sahaja cuma ianya pasti lebih mencabar.. ohh sis lupa nak bagitau selain final exam, kita juga ada mid semester exam and quiz sama ada quiz dlm kelas atau pun melalui online.. nasihat sis buat yang terbaik dalam setiap apa pun kerana ia mungkin membantu korang untuk final exam nanti dan result korang nanti.
Sebelum sis tutup entry kali ini,sis harap korang semua faham apa yang sis cuba nak sampaikan. Mungkin jalan nampak seakan sukar tapi sebenarnya dengan kekuatan dan kesungguhan,kita semua pasti mampu melaluinya. Sentiasa berdoa agar diberi kemudahan dan jalan keluar dalam setiap permasalahan yang dihadapi. Yakin pada kemampuan diri dan jangan malu untuk bertanya kerana orang yang berjaya ialah orang yang selalu bertanya demi meleraikan segala kekusutan.
Jika orang lain mampu melakukan kenapa tidak kita bukan. Semoga bertemu lagi di entry akan datang.. untuk entry seterusnya, sis akan fokuskan kepada latihan praktikal yang sis jalankan di semester 5 dan 6. Please looking forward for it okkk..
May Allah bless us always.. Good nigh everyone and may tomorrow will be better than today 😊.
Comments
Post a Comment