Posts

Showing posts from May, 2019

MY LOVE, RAMADHAN

RAMADHAN : KEDATANGAN YANG DI RAI ,RAHMAT YANG MENANTI Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pembuka bicara entri kali ini.  Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan kesempatan menarikan tangan menukilkan sebuah penulisan dengan harapan mampu menyentuh hati yang membaca dan sekurang-kurangnya bermanfaat buat semua yang menatap. Sedar tidak sedar Ramadhan bakal berkunjung tiba beberapa hari  lagi. Namun, persoalannya bersediakah kita untuk meraikan kedatangan bulan yang mulia ini? Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila bulan Ramadhan telah datang,maka dibukakanlah pintu-pintu syurga dan ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan” Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah:183) Kita sebagai orang Islam maklum bahawa puasa di bulan Ramadhan adalah wajib kepada sekalian ...