KEHIDUPANKU SEBAGAI PELAJAR BERMULA...
Assalamualaikum semua.. bertemu kembali kita.. Maaf kerana agak lambat update. Terlalu sibuk dengan latihan praktikal di klinik kesihatan. Selesai jer pukul 5 petang terus balik rumah sewa, lepas tu dah penat dan kadang-kadang sibuk dengan assignment dan sebagainya sampai tak sempat nak buka blog. Sis yakin yang semua pelajar pun mesti selalu sibuk dengan macam-macam perkara kan. Bukan mudah sebenarnya bergelar seorang pelajar kan.. Banyak perkara perlu diuruskan dalam masa 24 jam dan kadang-kadag 24 jam itu terasa macam tak cukup pun untuk kita kan.
Walaubagaimanapun, cuba kita tengok orang-orang yang berjaya disekeliling kita. Mereka juga diberi Allah masa 24 jam juga, tapi mereka mampu sahaja melakukan pelbagai perkara dalam tempoh itu. Mereka mampu menjadi seorang isteri atau suami, seorang ibu atau ayah ,seorang yang bekerjaya malahan mampu lagi menjalankan aktiviti dakwah mengajak orang lain melakukan kebaikan dan menyahut seruan dakwah dengan jayanya. Maka, tidak ada alasan untuk sis mahupun kita semua menjadikan tiada masa sebagai alasan.
Berbalik kepada janji sis dalam entry sebelum ini adalah untuk menceritakan berkenaan bidang farmasi yang menjadi pilihan sis dalam menyambung pengajian. Biar sis berterus terang. Pada awalnya, sis tak tahu pun secara mendalam apa itu bidang farmasi tapi memandangkan ketika itu sis dah berada di tingkatan 5 dan seharusnya mempunyai matlamat dan cita-cita yang jelas maka sis pun pilih la bidang farmasi walaupun tahu farmasi itu berkaitan dengan ubat dan selain itu sis tak tahu apa-apa.
Apabila pilihan dan dibuat, maka sis berusaha ke arah itu sebaik mungkin. Cuba mendalami apa itu farmasi dalam kesibukan nak menghadapi peperiksaan ketika itu. Tamat tingkatan 5 , seperti kebanyakan pelajar lain, UPU akan mejadi tempat untuk kita mencari halatuju yang seterusnya. Selepas keputusan diumumkan, sis berjaya mendapat 8A dan mendapat 1 B iaitu untuk subjek Fizik. Sedikit kecewa sebenarnya tetapi tidak mengapa kerana mungkin itu adalah yang terbaik. Takdir Allah itu sentiasa cantik bukan.
Walaupun syarat untuk memasuki asasi Farmasi di UIA perlu mendapat sekurang-kurangnya A- untuk semua subjek, sis tetap meletakkan ianya sebagai pilihan utama sis. Sekadar mencuba manalah tahu ada rezeki di situ bukan. Selain daripada UPU, sis ada juga a memohon SPA dan UNIKL. Sekadar memohon tidak salah bukan.
Sis berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam Asasi Sains Hayat. Sis juga mendapat tawaran menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Kedah dan mendapat tawaran menyambung dalam Diploma in Pharmacy UniKL RCMP. Maka bermula episod kepeningan nak memilih. Sebenarnya,sewaktu UPU diumumkan sis dh pun membayar yuran penerimaan tawaran sebanyak rm200 kalau tak silap kepada UniKL RCMP.
Ramai yang mempersoalkan tindakan sis dalam memilih universiti. OK la sis tak nak cerita kenapa sis tak pilih universiti atau matrik sebab sis tak nak cerita benda yang lepas. Setiap orang ada pendapat dan pilihan masing-masing bukan. Sis mengambil kira pandangan orang sekeliling tetapi tidak mengikut pilihan mereka kerana yang akan mengalami situasi atau perkara tersebut adalah kita. Jadi, buat apa ikut keputusan orang yang hanya tahu bercakap. Lebih baik berdoa dan minta kepada Allah kerana Dia yang akan selalu bersama dan menunjuk jalan kepada kita.
Apa yang sis boleh katakan, keinginan untuk menceburi bidang farmasi membuatkan sis begitu teruja dan menerima tawaran diploma farmasi ini. Maka bermulalah era kehidupan sis sebagai seorang pelajar diploma farmasi di UniKL RCMP. Ini adalah secara ringkas bagaimana sis boleh terjebak ke sini walau hakikatnya sis tak pernah sangka yang sis akan masuk diploma di salah sebuah ipts. Sis masih ingat masa sis sekolah kat MRSM dulu, setiap kali pihak UniKL datang bagi 'talk' sis tidur jer..hehehe.. sebab sis ingat UniKL ada engineering jer. Rupa-rupanya ada juga medical school.
Selain farmasi, UniKL RCMP juga menawarkan bidang Dip in Nursing, Dip in Physiotherapy , Dip in Radiography ,MBBS, Bpharm dan Banchelor in Pharmaceutical Technology. Well, yes or no kita kena terima hakikat bahawa manusia hanya mampu merancang tapi perancangan Allah itu sentiasa terbaik. Sis bahagia menjalani kehidupan di sini dan di entry akan datang sis akan ceritakan pengajian sis di tahun pertama sebagai pelajar farmasi.
Sebelum menutup entry kali ini, sis sangat berharap bahawa semua mereka di luar sana ada perancangan dan matlamat dalam kehidupan masing-masing. Jangan sesekali jadikan kegagalan hari ini sebagai alasan untuk tidak berjaya di masa hadapan. Orang kata kegagalan juga adalah salah satu tangga untuk mencapai kejayaan. . Allah sentiasa mengurniakan jalan kepada hambaNYa yang berusaha. Maka , bersangka baiklah dengan Allah. Sehingga kita berjumpa lagi di masa hadapan. In shaa Allah..
May Allah bless all of us. Have a happy day everyone😃

Comments
Post a Comment