Assalamualaikum and hello to all blog readers(if any la kan)…hehehhe ๐Ÿ˜

Macam yang dijanjikan before this sissy will tell you a story about my practical life as Dip in Pharmacy student of UNIKL RCMP.. and fyi sis dah selamat menamatkan pengajian sis dalam diploma ni and the convocation caremony will be on this upcoming October guyssss๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž!!!!!!!!.. so korang tertanya-tanya tak ke mana hala tuju sis after this? Will tell you later at the end of this entry okk.. so far, sorry for the late entry, sibuk dengan macam-macam hal even dan habis pun.

Ok,back to the story… kalau dekat RCMP ni,student pharmacy akan praktikal selama dua sem atau lebih tepat waktu final year kita la. So masa sem 4 tu(ni based on my experience la), lecturer yang incharge bahagian praktikal kita akan inform tempat yang available untuk practical. Time sis dulu(acah lama dah) ada:

1. Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh,Perak (belakang campus jer)
2. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar,Kedah
3. Hospital Raja Perempuan Zainab,Kota Bharu,Kelantan
4. Hospital Taiping
5. Hospital Pulau Pinang
6. Hospital Kulim
7. Hospital Sungai Petani

Ni yang ada dalam kepala sis la.. sis pun ingat-ingat lupa dah sebenarnya..hahaha.. so nanti korang decide la nak yang mana.. haa memang best sebab boleh pilih sendiri tempat praktikal tu. So mesti ramai punya yang akan pilih dekat dengan rumah masing-masing macam sis la.. tapi mula-mula tu pening juga la nak pilih.. lecturer we all cakap yang purata untuk pelajar untuk setiap tempat hanya dalam 8-10 orang tak silap. So limited juga la.. bukan tak boleh ramai-ramai pergi tempat yang sama, tapi ada kemungkinan hospital tu tak akan terima, haa nanti tercampak ntah kemana pulak kita kan.

So ,nanti lecturer akan edarkan sehelai borang untuk korang isi. Kalau tak silap, ada tiga pilihan. So letak la pilihan hopital korang. Macam sis,my first choice is HRPZ(balik kampung you allzzz), kedua HRPB dan ketiga HSB(rasanya la..hahaha). At that time,sis masih ingat ada yang bergaduh berebut tempat praktikal ni. Jangan main-main haa.. benda camni pun boleh buat gaduh pun. Tapi lastly, Alhamdulillah semua settle dengan baik and kitorang still friends until today.. sweet kan.. hahahha

Alhamdulillah,habis sahaja final exam sem 4, sis dapat surat untuk praktikal kat Kota Bharu. Yahuuuuuuuuu… Jadi balik cuti jap so nanti kena datang lapor diri kat hospital tu pada 30/7/2017(Still remember hokayyy).. so, kitorang seramai 12 orang akan praktikal kat HRPZ and the best part is we all semua girls okkk..

Now, kita masuk ke cerita yang sebenar.. Era kehidupan seorang pelajar praktikal.. so first week masuk lebih kurang macam intro jer la.. kitorang jumpa preceptor yang akan incharge kitorang. So ada briefing sikit.. lepas tu ada meet and greet gitu dengan Ketua Jabatan Farmasi(KJF).. ada round-round department farmasi sikit untuk kenal tempat-tempat.Second day pulak kitorang still ada briefing dengan preceptor yang dilantik ketua preceptor kami. Diorang ada la briefing sikit-sikit pasal department yang akan menjadi tempat bertapa kami. Time ni juga kami dapat jadual praktikal kami for 14 weeks you allzzzz.. sooooooooo tired! And nak dijadikan cerita department yang mula-mula akan kujelajah adalah TPN(Total Parenteral Nutritions).. so actually tak ada pun cumanya our senior cakap la yang department ni macam scary sikit and the pharmacist there is quite garang juga. So kitorang berdebar juga takut kena maki ke kan.. biasalah we all tend to think yang praktikal tu adalah untuk dibuli..hahahah.. this is so wrong…. so mesti nak tahu kan apakah nasib kitorang di department tersebut.. so wait for my another entry okk. In next entry,sis akan story sikit about departments and briefly what we did there okk.

Oh ya, pasal awal tadi ada bagitau nak cakap hala tuju masa depan sis lepas dah habis diploma kan..hahaha.. Alhamdulillah,dengan izinNya, sis berjaya mendapat tempat untuk menyambung pengajian ke Bachelor of Pharmacy(Hons) kat tempat yang sama and I was like yeayyyyyyyyyyy.. so sekarang proses nk masuk Bpharm ni dah susah sikit and memang kena interview semua tu la tapi Alhamdulillah sebab dapat buat Bpharm.. so kalau nak citer pasal Bpharm ni semua take time jgk la kan.. In next next next entry okkk..hahaha.. jumpa lagi..

Have a good day and May Allah bless all of us always… Assalamualaikum ๐Ÿ˜€

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KDRAMA