KEDAI MAKAN BEST SUPERB KAT KELANTAN







Assalamualaikum dan salam sejahtera semua… haaa.. kali ini saya akan berkongsi tentang satu kedai makan yang paling best kat Tanah Merah,Kelantan dan Malaysia pernah saya jumpa gitu. Serius okayyy!!!! Jadi, mesti semua dah nampak kan menu kat atas tu. Jadi semua tu adalah menu utama yang disediakan. Semua best-best dengan harga yang berpatutan. Tahu tak apa maksud berpatutan. Berpatutan bermaksud harga tersebut sesuai dengan hidangan yang disediakan tak kira la dari segi kuantiti ke lauk pauk ke.

Beberapa kali saya menyiarkan menu-menu ni kat story Whatsapp dan ramai yang bertanya. Jadi hari ni saya nak kongsi kan apa yang menaarik pasal kedai ni. Jadi, sebelum kita masuk pada menu-menu yang mengancam gitu, kita tengok dulu sejarah kejayaan kedai ni okay supaya semua tahu kedai ni bukan biashe-biashe.

Jadi, Kedai Mee Special Batu 5 ni terletak di lokasi yang strategik betul-betul di tepi jalan raya laluan Jeli-Tanah Merah. Kalau lalu kawasan tu memang akan nampak la kecuali kalau rabun jauh..hhehe.. Kalau tak jumpa jangan risau boleh Google jer kat Google Maps. Mesti dapat cari. Yang awesome pasal kedai ni, pertamanya adalah sudah ditubuhkan hampir lebih 30 tahun oleh seorang pengusaha yang tidak mahu didedahkan namanya(Low profile owner dia ni). Kalau tak sedap, RASA-RASA KORANG BOLEH KE BERTAHAN SAMPAI 30 TAHUN??? Nanti kalau korang sampai sini korang akan nampak sebiji rumah besar kat tepi kedai ni yang dibina dengan hasil jualan kedai ni jer tau. Jangan main-main.

Antara menu yang disediakan adalah :


            Mee Rebus Biasa (Telur, Daging)

Mee Rebus Udang (Udang Galah, ada 5 ekor tau)


Mee Rebus Special (Telur, Daging,Sotong, Udang)
Ni kira macam signature dish kat sini la. Ramai orang order yang ni

Haa.. ni semua yang selalu pelanggan order la kalau datang sini. Selain daripada yang saya tunjuk kat atas ni, kedai ni juga turut menyediakan mee goreng biasa, mee goreng special dan mee goreng udang. Lauk dan harga sama sahaja macam mee rebus tadi. Menarik kan??


                  Maggi pun ada..yummy


 



SAYA TAK MAKAN MEE LAA

Ada sesetengah orang mereka tak suka makan mee kuning ni macam saya. Jadi, mesti korang sedih kan sebab tak dapat makan. Siapa cakap?????? Kalau tak makan mee, korang boleh tukar kepada bihun atau kuetiaw ikut suka selera korang. Nak campur pun boleh taw.. Bagitau jer macam mana korang nak, semua boleh diatur oleh tukang masak kedai ni.hehehe..

Selain itu, kalau korang tetiba rasa nak makan nasi, kedai ni juga menyediakan menu NASI SUP + SUP TULANG/SUP PERUT/SUP TULANG+SUP PERUT. Haa.. dan memang sedap sebab kebanyakan pelanggan yang datang mesti akan bungkus sup tulang atau sup perut ni bawa balik. Berhantu sungguh rasanya.

MINUMAN MACAM MANA????

Selain menu utama, tentu ramai orang tertanya-tanya pasal minuman juga kan. Takkan la makan tak nak minum kan. Jangan risau sebab kat sini memang ada macam-macam pilihan minuman. Contohnya macam ABC,Coconut Shake, Laicikang,Air Kelapa,Jus buah-buahan, Bandung Tiga Layers(Bandung Special) ,Teh Cinta(Teh 3 Layers) dan macam-macam lagi la. Tak menyesal.

Haaaaa…. Jadi tunggu apa lagi. Datang la ramai-ramai ke kedai ni dan rasa sendiri. Silap hari bulan korang akan ketagih jer nak datang sini macam saya juga.. hahahaha.. Datang cuba dan kalau berpuas hati jangan lupa kongsi pada orang lain juga okay. So macam mana nak datang atau nak cari kedai ni. Senang sahaja.

Alamat : MEE SPECIAL BATU 5, JALAN JEDOK 17500 TANAH MERAH KELANTAN (Boleh masukkan dalam Maps)

No telefon: 016-4434313

Jadi jangan lupa datang taw… Sekian sahaja untuk entri kali ini. Sehingga bertemu lagi di masa akan datang…

P/s: Jika anda seorang businessperson yang sedang mencari penulis artikel/promo atau iklan ATAU jika anda sedang mencari penulis artikel apa-apa kolum dan kategori ATAU anda sedang mencari penulis cerpen ATAU anda sedang mencari seorang penulis untuk apa-apa tugas boleh hubungi saya dengan meninggalkan komen anda. 

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KDRAMA