MY REVIEW: RAUDHAH BY RAMLEE AWANG MURSHID
Assalamualaikum and good morning everyone. I’m back with a new entry today. So, you all can say that I am coming to write today because I am going to start my class this Monday *crying emoji* . Well, if I don’t write now then I will never write about this novel coz I am gonna to forget soon and be busy with class and assignments and so on.. bla..bla.. so, lets’ just forget about the class and let me tell you about this novel first. So, this is another novel from my favourite author, RAM or Ramlee Awang Murshid. He never fail to come with such a good novels but from my view this one is actually quite different from others. Why??
Stay tune everyone coz I am gonna reveal it soon but for now let’s just go briefly for the synopsis of this novel. Synopsis will be in malay coz it is the language used by the novels.. hehehehe..pardon me..
SYNOPSIS:
Seorang pembunuh upahan atau contract killer yang profesional menerima dan telah melaksanakan banyak pembuhunan yang tertumpu kepada penjenayah kolar putih, iatu mereka yang berselindung di sebalik dunia korporat tetapi sebenarnya melaksanakan jenayah demi untuk mendapatkan keinginan masing-masing. Dia sering berhubungan dengan pemberi kontrak yang digelar White tanpa mengetahui siapa diri White yang sebenarnya.
Keinsafan menjeguk diri apabila dia mendapat serangan jantung secara tiba-tiba dan keajaiban berlaku apabila jantung yang berhenti berdenyut selama tiga minit secara tiba-tiba berfungsi semula. Dia berjaya diselamatkan menerusi kaedah PTCA ( percutaneous,Transluminal,Coronary and Angioplasty). Dia merasakan Allah sedang menegurnya dan memberinya peluang kedua untuk bernafas.
Maka, jalan perubahan itu dicari dengan bantuan sahabat baiknya Hambali. Namun ternyata perjalanan hijrah itu penuh duri tajam. Dia hampir mati kembali, namun tetap bernafas atas pengorbanan Hambali dan kerana janji Allah itu belum tiba kepadanya. Jatuh cinta pada sang wanita digelar Raudhah, yang merupakan tunangan Hambali.
Dan ujian terbesar datang saat dia dituduh membunuh di Kota Madinah. Perit terasa hatinya apabila dia difitnah atas jenayah yang tidak pernah dilakukannya. Dalam perjalanan mencari Raudhah, taman-taman syurga yang namanya diberikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W, dalam musafir menggapai keindahan taubat, imannya teruji tapi bukankah ujian itu tanda kasih Allah pada hambaNya? Maka jika ini yang mampu mendekatkanya pada kasih dan redha Ilahi, maka dia pasrah menempuh ujian ini.
***************
I think that should be enough for the synopsis. I don’t want to spoil some people who are going to read the novel. But I highly recommended it to everyone.
MY REVIEW:
Personally, I rate this novel 9/10. RAM tidak pernah gagal menghasilkan novel yang tidak bosan di baca dan dalam masa yang sama berilmiah untuk ditatap. Hati sis tersentuh melihat kesungguhan seorang pembunuh dalam menampuh jalan taubat. Benarlah, orang yang berdosa tapi bertaubat itu lebih baik apabila dia ikhlas dalam taubatnya dan bersungguh-sungguh memohon keampunan.
Other than that, sis juga sangat suka plot yang dinukilkan dalam cerita ni. As explained by RAM, novel ni ada tiga plot yang berbeza di mana korang akan dapat tengok tiga fasa berbeza yang dilalui oleh watak utama itu sendiri. Kalau nak tau pasal plot twist, memang dasyat. Hahaha.. sis pun macam speechless sebab cerita ni lepas dah twist tu dia twist lagi. Hahaha.. dan bila dah twist tu dia macam quite totally different stories la.. haaa gitu.. nanti baca sendiri kat mana double twister tu. Hhehe
Apa yang sis paling suka dengan hasil penulisan RAM ni sebenarnya adalah bagaimana cara beliau menghasilkan novel-novel yang berunsurkan Islam tetapi diselitkan dengan gabungan elemen-elemen thrill dan suspen serta elemen kejutan yang secara hakikatnya tak ramai penulis boleh buat benda tu. Tak tahu la beliau bertapa kat mana nak cari idea yang menarik tu semua. Macam yang pernah sis cakap sebelum-sebelum ni juga, dalam novel tulisan beliau memang ada banyak ilmu pengetahuan yang diceritakan dalam bentuk santai. Sis sangat galakkan sebab boleh menambah ilmu pengetahuan.
Kenapa tajuk novel ni RAUDHAH? Honestly, bila baca novel ni rasa nak sangat pergi Mekah dan Madinah sebab nak cari Raudhah tu atau yang bermaksud taman-taman syurga. Hopefully, one day Allah izinkan untuk jadi tetamu di sana. Aamiin.. in shaa Allah.. moga Allah ampunkan dosa kita selalu. Sis rasa cukuplah setakat ini dahulu. So, jangan lupa taw baca novel ni. BTW nak cakap thanks kat my friend, Aina sebab bagi pinjam novel ini. Hehhe.. jimat duit tak yah beli dah..
I think this should be enough for today. Hopefully, everyone enjoy reading my sentences. Hahahah.. till we meet next time (mungkin tahun depan sebab sis nak fokus belajar dah lepas ni*kononya*..hahaha) please doakan moga urusan sis diprmudahkan selalu. Aamiin..
Assalamualaikum semua.. tatattatatatititituutututu
P/S: Tadi sis baru gi ambik novel koleksi Laksamana Sunan by RAM yang consist of 9 novels dan Amru Rebellion, novel terbaru by Hilal Asyaf.. tak sabar nak baca tapi kena tunggu cuti. I will make sure to write the review soon.. hehehe..

Sumpahan lagenda ad? Karya hilal asyraf
ReplyDeleteNovel hilal Asyraf pun minat giler.. semua koleksi dh ad cuma sumpahan lagenda dgn tetamu tuhan 50 hari jer xde lg.. awk dh baca ke ?
Delete